5 Komponen Utama Membina Trading Plan Saham | & Contoh Trading Plan Saham

5 Komponen Utama Membina Trading Plan Saham | & Contoh Trading Plan Saham

 

Kenapa Trading Plan Saham Penting

Sebelum kita pergi lebih lanjut ke contoh trading plan saham, fahami apa yang Pakku nak ceritakan ini dahulu.

Trading Plan adalah satu set garis panduan yang membantu pelabur membuat keputusan membeli dan menjual saham. 

Ia penting apabila anda ingin membina portfolio pelaburan saham jangka panjang atau jangka pendek. 

Bila anda membuat trading plan, maka secara automatik anda akan lebih berdisiplin dalam pelaburan saham.

Hari ini Pakku nak kongsikan contoh trading plan saham yang berguna dalam pelaburan saham. Jadi Pakku ringkaskan seperti di bawah.

5 komponen utama dalam membina Trading Plan saham adalah seperti berikut:

 

Jadi catat dalam diari perkara-perkara di bawah sebelum kita lihat contoh trading plan saham

 

#1 Pelaburan Saham Jangka Masa Pendek Atau Pelaburan Jangka Masa Panjang?

 

Mudahnya anda tetapkan bila nak jual bila dah beli sesuatu saham. Yang ni bergantung kepada setakat mana anda mampu memonitor pergerakan saham. 

Anda dah buat kajian fundamental analysis dan teknikal analysis saham, tanya lah diri anda samaada nak jadikan saham tersebut sebagai pelaburan jangka masa pendek atau pelaburan jangka masa panjang.

 

  • Kalau dah kerja sibuk serta tak da masa nak lihat chart, tak kan lah nak jadikan sebagai pelaburan jangka pendek. 
  • Mampukah buat 2 kerja serentak. Penat tuu..nak buat kajian analisis fundamental dan teknikal saham dengan kerja pula berlambak. 
  • Pelaburan jangka pendek adalah seperti Swing trading dan Day Trading ni kena pandai buy sell dalam masa yang singkat. 
  • Jumlah dagangan pula berlaku lebih kerap daripada pelaburan jangka masa panjang. Kekerapan melihat chart pula tinggi.

Anda ada masa terluang? Fikirkan dahulu ok, sama ada  pelaburan  saham jangka masa pendek atau pelaburan saham jangka masa panjang. 

Jangan berangan juga nak profit trading saham dalam jangka masa yang singkat jika anda baru bermula.

 

 

#2 Saham Apa Patut Beli Sekarang?

Buat kajian terhadap Fundamental Analisis dan Kajian Teknikal Analisis Saham untuk menjawab soalan saham apa patut beli.

Terdapat kriteria yang menentukan saham apa patut beli sekarang melalui kajian fundamental analysis.

Antara kriteria fundamental analysis adalah seperti dibawah:

  • Adakah kesihatan kewangan syarikat baik? 
  • Apakah produk dan perkhidmatan syarikat? 
  • Apakah kelebihan daya saing syarikat?
  • Adakah pasukan pengurusan syarikat memiliki sebahagian besar share syarikat?
  • Apakah masa depan untuk industri yang diusahakannya mampu bertahan?
  • Bagaimana pula dengan untung rugi syarikat?
  • Bagaimana dengan penilaian ratio seperti P/E, ROE, EPS, D/E dan lain-lain ratio saham yang berkaitan?
  • Adakah anda mengambil kira nilai pasaran syarikat atau Market Capitalization? Jika ya, yang mana satu pilihan anda Blue Chip, Mid Cap dan Small Cap.

Penilaian ratio saham yang berkaitan dengan Trading Plan

 

Banyak lagi berkenaan fundamental analysis saham ni, Pakku hanya ambil sebahagian sahaja.

Jangan lupa juga dengan kajian teknikal analisis saham. Cari saham yang menunjukkan uptrend sahaja.

Ada yang masih mencari signal saham yang terbaik dengan memasukkan pelbagai macam indicator saham ke atas chart. 

Bagi Pakku signal saham terbaik bergantung kepada disiplin kita menggunakan indicator tersebut secara berterusan bukan secara berubah ubah. Kalau satu pun dah ok, buat apa nak masukkan banyak-banyak.

Baca berkenaan leading lagging indicator saham

#3 Tetapkan Risk Reward Ratio Saham Dalam Setiap Pelaburan Saham?

  • Tak kisah  berapa banyak wang tetapi yang penting anda tahu berkenaan toleransi risiko daripada segi risk reward ratio saham. 
  • Risk reward ratio saham adalah berapa banyak anda sanggup rugi untuk anda profit dalam saham.

Contoh trading plan saham untuk risk reward ratio saham yang Pakku guna selalunya adalah dalam kiraan peratus ataupun untung rugi daripada modal saham.

 

2% risk: 6% reward.

       atau

Rugi RM 2000: Untung RM 4000

       atau

jika nak kecilkan lagi kepada bid 

Rugi 3 bid : Untung 6 bid

 

  • Toleransi risiko dengan menggunakan Risk Reward Ratio Saham boleh terdiri daripada konservatif (risiko terendah) kepada agresif (risiko tertinggi). Bergantung kepada selera  pelaburan masing-masing. 
  • Catat saja trading plan saham di excel, berapakah jumlah maksimum wang yang anda sanggup kehilangan pada mana-mana satu dagangan. Kemudian catatkan juga berapa dan bila anda akan sell saham tersebut. 

Bersederhana menentukan target profit saham anda. 

Maksud Pakku, biar relevan. Takkanlah modal RM 1000 nak profit RM 1000 juga dalam masa seminggu.

 

#4 Sediakan Stop Loss / Cut Loss Untuk Setiap Dagangan

Stop Loss dalam saham dilakukan untuk melindungi daripada kerugian yang lagi besar. Yang ni ada kaitan berkenaan Risk Reward Ratio Saham , Support dan Resistance saham atau signal Exit saham yang terbaik bagi anda.

3 perkara tentang stop loss / cut loss penting!!

  • Contohnya trading plan saham anda dengan Risk Reward Ratio Saham 2% kerugian, pastikan Stop Loss ditanda di chart saham supaya anda tidak leka. Nanti dah lebih 2% kerugian, anda tak sell atau exit pula.
  • Atau jika trading plan saham anda adalah sell atau exit apabila harga semasa melepasi bawah harga Support, pastikan anda ikut disiplin tersebut.
  • Awas!! jangan campur. Jangan!!  kejap nak guna Risk Reward Ratio Saham, kejap nak sell bawah harga support saham. Lepas tu tukar pula nak sell bila keluar signal exit indicator saham yang baru sangat anda kaji.

Jauhi sekejap daripada saham jika trading plan saham anda gagal. Kalau boleh tutup sekejap segala macam saluran media sosial yang bincangkan hal saham. 

Refresh semula fikiran kita..ok.

 

#5 Tetapkan Target Price Saham Untuk Setiap Trade

Cara menentukan target price saham ada pelbagai cara. Bergantung kepada strategi masing-masing. Bolehlah kaji dan buat pertimbangan sendiri melalui kaedah yang Pakku akan terangkan.

Tapi.. tapi..cara menentukan target price saham di web-web ini anda sekadar guna sahaja.

Anda tak kan tahu macam mana web-web ni buat kiraan target price saham atau cara macam mana kajian target price saham yang dinyatakan.

  • Cara menentukan target price saham yang kedua ialah melalui kaedah Resistance Saham

Kaedah ini hanya menanda di mana resistance terdekat bakal berlaku. 

Contohnya Resistance 1 (R1) = RM 3.000 dan Resistance 2 (R2) = RM3.400 

    maka 

anda boleh meletakkan Target Price 1 (TP1) = RM 3.000 dan Target Price 2 (TP2) = RM3.400.

Katakanlah trading plan saham anda dah catat lebih spesifik, hanya akan ambil untung bila harga mencecah TP1, maka terus berdisiplin dengan sell atau exit pada TP1.

Tak perlu tunggu untuk ambil untung di TP2. 

Sell saham tersebut mengikut harga yang telah kita target-kan. Lebih selamat daripada kita menjadi lebih tamak 

dan secara tidak langsung kita dah selamat daripada market tak menentu. Yes!!..selamat dan untung yer..

 

(Ini adalah gambaran sedikit sebanyak Target Price untuk anda jadikan panduan sahaja. Nanti Pakku akan kemaskini video ini)

  • Cara menentukan target price saham yang ketiga ialah melalui teknik Fibonacci dalam saham. 

Selalu kita dengar teknik Fibonacci retracement dalam saham untuk menentukan aras retracement. Cuma kali ini kita gunakan teknik Fibonacci extension dalam menentukan target price saham

Aras Fibonacci adalah 0%, 23.6%, 38.2%, 50%, 61.8%, 76.4% dan 100%

Jika dipanjangkan lagi  kepada 161.8%, 261.8% dan 423.6%.

Teknik Fibonacci extension adalah sama seperti teknik Fibonacci retracement cuma arah adalah berlainan. 

Berbagai cara atau mazhab digunakan dalam teknik fibonacci ini. Ini sangat menarik kerana kita meraikan pendapat orang lain.

Pakku ringkaskan kepada cara ini yer:

 

  • Jika harga beli saham adalah pada harga RM 1.500 pada aras extension 38.2%, harga mungkin akan melalui satu tahap extension 50% dan mungkin mencapai lebih tinggi hingga 100%. 
  • Jadi ambil aras 50% sebagai target price 1 (TP1) dahulu.

   atau

  • Jika harga beli saham adalah pada harga RM 2.000 pada aras extension 100%, harga mungkin akan melalui satu tahap extension 161.8% dan mungkin mencapai lebih tinggi hingga 423.6%.
  • Jadi ambil aras 161.8% sebagai target price 1 (TP1) dahulu. Tapi awas aras 161.8% agak tinggi tu..kaji dulu yer..

Walaubagaimanapun untuk mencapai aras extension seterusnya ini, pergerakkan harga mungkin akan ada retracement sedikit sebelum mencapai aras extension berikutnya.

Aras-aras bagi extension adalah sekadar idea ataupun anggaran pergerakkan harga akan berhenti atau capai. Jadi anda boleh jadikan aras extension tersebut sebagai target price saham anda.

Walaupun anggaran, anda tetap kena catat supaya mengikut Trading plan saham yang anda bakal guna nanti. 

 

Pakku juga ada ceritakan perihal trading plan di Youtube. Bolehlah jadikan sebagai panduan. Maaf mungkin sebahagian yang Pakku ceritakan. 

 

 Hanya mereka yang tidak kenal erti putus asa dan sanggup bersabar sahaja yang akan menemui jalan kejayaan. Bagi yang mudah mengalah, perjalanan itu akan menjadi terlalu sukar.


 

 

 

 

KENYATAAN PENAFIAN:

Video, artikel atau apa-apa sahaja yang ada di sini adalah bertujuan untuk pendidikan sahaja dan tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti memberitahu anda saham-saham, syarikat-syarikat atau kaunter-kaunter untuk BELI, JUAL atau PEGANG. Sebarang  saham-saham, syarikat-syarikat atau kaunter-kaunter yang dikongsikan adalah untuk pembelajaran. Sebarang tindakan atau keputusan BELI, JUAL atau PEGANG adalah keputusan anda sendiri. Nasihat pelaburan, pengurusan dana, pengurusan pelaburan atau apa-apa aktiviti melibatkan pelaburan tidak berlaku di sini. Admin atau wakil admin tidak akan bertanggung jawab sekiranya berlaku kerugian di pihak anda.

*Terdapat iklan-iklan di laman web ni kerana menggunakan platform pengiklanan dari Google..Sekiranya anda rasakan tidak perlu atau mengganggu bacaan anda, sila tutup iklan tersebut.