Leading Indicator Saham adalah Indicator saham terbaik
Indicator saham adalah sudut pandangan secara technical analysis untuk melihat psikologi penawaran dan permintaan terhadap sesuatu saham. Malah trader saham sering menggunakan Leading Indicator saham untuk mencapai ROI 50% ke atas. Percaya Tak?
Sebahagian daripada follower Pakku Trader di Facebook Page serta Group Support sering bertanyakan soalan berkenaan Leading Indicator Saham yang sesuai dengan mereka.
Sebelum itu, kita akan belajar dulu apa Apa itu Leading Indicator Saham? Apa pula lagging indicator Saham? Nak gabungkan Leading dan Lagging Indicator saham?
Apa itu Leading Indicator Saham
Mudah sahaja Leading Indicator Saham hanya menggunakan Price dan Volume semata-mata. Price dan Volume ini juga boleh dianalisakan lagi dengan kaedah Price Volume Action atau Price Volume Trend. Tidak ada formula digunakan untuk kita membaca pergerakkan Price atau Volume di sini.
Ingat!! perkara pertama yang menggerakkan sesuatu saham adalah Price dan Volume sahaja. Sebab itu dinamakan sebagai Leading.
Baca berkenaan Price Volume Trend (PVT) momentum Indicator di sini. Namun anda kena faham PVT momentum indicator adalah Lagging Indicator Saham.
Pakku cuba ringkas Leading Indicator Saham seperti berikut:
- Kenaikkan Price disertai dengan peningkatan Volume mengesahkan Trend akan menjadi Uptrend.
- Penurunan Price disertai dengan penurunan Volume, mengesahkan Trend menjadi Downtrend
Contoh Leading Indicator Saham ketika Uptrend
Contoh Leading Indicator Saham ketika Downtrend
Kebanyakkan trader suka menggunakan sela masa atau time frame secara Daily (harian) atau Weekly(mingguan). Namun ada juga yang menggunakan sela masa yang kecil seperti 15 minit, 5 minit dan ada juga 1 minit.
Lagi kecil time frame lagi cepatlah analisa pergerakkan price dan volume perlu dilakukan dan keputusan untuk beli atau entry juga perlu cepat.
Bagi Pakku, jika menggunakan Leading Indicator Saham iaitu hanya menggunakan Price dan Volume sahaja perlu mengambil kira sekurang-kurangnya 2 time frame.
Contoh Time Frame Leading Indicator Saham
- Daily Time frame (besar)
- 5 minit Time frame (kecil)
Tetapi tidak salah jika menggunakan hanya 1 sahaja time frame.
Di bawah ini contoh membaca chart apabila menggunakan time frame 5 minit. Saranan Pakku untuk memastikan trend adalah valid uptrend secara keseluruhan gunakan juga time frame yang besar juga seperti Daily Time Frame atau Weekly Time Frame.
Contoh Leading Indicator Saham ketika Volume adalah ketara kelihatan semasa time frame 5 minit
Pergerakkan Price dan Volume adalah sentiasa ke hadapan berbanding Indicator saham lain yang memerlukan kiraan formula dahulu barulah output indicator tersebut menjelma.
Apa kata masukkan Fibonacci Retracement atau Extension semasa membuat analisa. Nanti Pakku ajar.
Gambaran Leading dan Lagging Indicator saham
Apa pula Lagging Indicator Saham
Seperti gambaran di atas, Lagging Indicator Saham merupakan indicator yang dihasilkan melalui Price dan Volume yang telah terjadi. Setiap lagging indicator mempunyai formula kiraan yang tertentu dan berubah mengikut keadaan seperti nilai masa, gandaan, relatif atau sumber.
Nama pun Lagging dah tentu lambat tetapi bagus sebenarnya kerana kita memastikan kejadian Price dan Volume dahulu. Berikut adalah contoh Lagging Indicator saham yang boleh kita gunakan
Lagging Indicator Saham
- Bollinger Band (BB)
- Exponential Moving average (EMA)
- Stochastic (Stoch)
- Relative Strength Index (RSI)
- Moving average convergence divergence (MACD)
Nak gabungkan Leading dan Lagging Indicator saham?
Ya, lebih baik jika gabungkan Leading dan Lagging Indicator saham .
Leading Indicator saham ibarat kita menjangkakan pergerakan harga dan Lagging Indicator saham pula kita memastikan dulu pergerakkan tersebut terjadi.
Pengalaman Pakku dalam membuat technical analysis saham, adalah sangat tidak digalakkan menggunakan lebih daripada tiga indicator kerana indicator yang terlalu banyak akan mengganggu kita dalam membuat keputusan.
Pakku suka ingatkan Indikator yang perlu kita fahami dikategorikan kepada dua iaitu Trend Following dan Oscillators.
- Trend Following adalah bersifatkan trend seperti Moving Average atau Bollinger Band
- Manakala Oscillators bersifat ayunan seperti Relative Strength Index (RSI) atau Stochastic (Stoch).
Antara contoh gabungan Leading dan Lagging Indicator saham yang disyorkan pada newbies adalah dengan menggabungkan:
- Moving average convergence divergence (MACD)
- Exponential Moving average (EMA)
Contoh gabungkan Leading dan Lagging Indicator saham dengan menggunakan MACD dan EMA
Tapi ingat jangan kita hadkan ilmu saham setakat dua indikator ini sahaja. Insyallah Pakku akan ajar lagi detail gabungan yang mungkin boleh kita guna.
Sampai sini dulu Pakku nak kongsi…
Akhir kata…
Hanya mereka yang tidak kenal erti putus asa dan sanggup bersabar sahaja yang akan menemui jalan kejayaan. Bagi yang mudah mengalah, perjalanan itu akan menjadi terlalu sukar.
KHAS BUAT ANDA YANG SERIUS, KOMITED DALAM PELABURAN SAHAM..ANDA BOLEH RUJUK VIDEO-VIDEO DI BAWAH INI..
KENYATAAN PENAFIAN:
Video, artikel atau apa-apa sahaja yang ada di sini adalah bertujuan untuk pendidikan sahaja dan tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti memberitahu anda saham-saham, syarikat-syarikat atau kaunter-kaunter untuk BELI, JUAL atau PEGANG. Sebarang saham-saham, syarikat-syarikat atau kaunter-kaunter yang dikongsikan adalah untuk pembelajaran. Sebarang tindakan atau keputusan BELI, JUAL atau PEGANG adalah keputusan anda sendiri. Nasihat pelaburan, pengurusan dana, pengurusan pelaburan atau apa-apa aktiviti melibatkan pelaburan tidak berlaku di sini. Admin atau wakil admin tidak akan bertanggung jawab sekiranya berlaku kerugian di pihak anda.
*Terdapat iklan-iklan di laman web ni kerana menggunakan platform pengiklanan dari Google..Sekiranya anda rasakan tidak perlu atau mengganggu bacaan anda, sila tutup iklan tersebut.