ANALISA PRICE VOLUME TREND (PVT)

ANALISA PRICE VOLUME TREND (PVT)

 

Dah lama Pakku tak menulis..jadi hari ni Pakku nak cerita berkenaan Price Volume Trend (PVT).  Indikator ini boleh digunakan untuk analisa volume untuk pasaran Bursa Malaysia atau Global.

 

Price Volume Trend (PVT) ialah indikator berdasarkan momentum yang digunakan bagi mengukur aliran wang (money flow).

 

Jika sebelum ini anda pernah mendengar  pasal indikator On Balance Volume (OBV)..(ker anda tak pernah dengar pasal OBV ..tak pa..nanti Pakku cerita pasal OBV)

PVT adalah sama lebih kurang indikator saham On Balance Volume (OBV), yang mengukur pengumpulan jumlah dagangan (accumulation volume).  

Tetapi…baca sehingga habis…

 

Indikator  OBV menambah atau menolak jumlah keseluruhan volume hari-hari yang lepas hingga hari terkini bergantung kepada keadaan harga pasaran menaik atau menurun…,

PVT pula hanya menambah atau menolak jumlah volume pada dagangan harian sahaja (daily volume only). 

 

(OBV diterangkan dalam VIDEO TEKNIKAL ANALISIS SAHAM ADVANCED..tidak ada di sini)

 

 

 

Jumlah volume ditambah atau ditolak kepada/dari jumlah keseluruhan PVT bergantung kepada jumlah kenaikan atau penurunan harga semasa berbanding dengan harga penutup hari sebelumnya.  

Adoiii dah mula konfius..tak pa..jangan pening lagi..kita tengok cara guna nanti..

PVT boleh digunakan untuk mengesahkan trend, sekaligus mengenalpasti signal trading yang disebabkan oleh Divergence.

 Divergence adalah satu keadaan yang mana harga sesuatu saham bergerak berlawanan dengan indikator teknikal.

 

Ohhh apa tu..

Banyak yang perlu tahu.. tapi Pakku akan mudahkan..

PVT digunapakai untuk mengukur momentum atau tekanan jual beli saham. 

Senang cerita

PVT  menaik, tekanan belian saham turut meningkat 

dan ..

ketika PVT mengalami kejatuhan, tekanan jualan turut meningkat.

 

Apa yang penting sebenarnya?? Dua perkara iaitu:

No 1..PVT dapat MENGENALPASTI TREND

dan

no 2..melihat DIVERGENCE yang berlaku semasa menggunakan PVT

Baiklah untuk topik ni.. kita mula dengan mengenalpasti trend dulu.. ok

 

Price Volume Trend (PVT) adalah berguna untuk mengenalpasti atau mengesahkan trend keseluruhan pasaran. Ini sangat membantu untuk mengesahkan signal atau setup yang dihasilkan. Pendek kata lebih baik gunakan bersama indikator yang lain.

 

Selain itu, berdasarkan kepada teori yang cenderung kepada aliran perubahan harga positif dan negatif, PVT juga boleh mengenalpasti potensi reversal  trend. 

 

Contohnya dapat mengesan reversal downtrend ke uptrend.

 

Ramai penganalisis teknikal yang percaya bahawa PVT adalah gambaran keadaan pasaran yang lebih tepat memandangkan volume nya adalah harga yang telah dilaraskan (adjusted price).  

 

Dalam banyak keadaan, PVT menggambarkan pergerakan harga pasaran dengan lebih teliti.

 

 

Bagaimana pula dengan Divergence..

 

Bab Divergence menggunakan PVT..tunggu dulu..belajar dulu pasal mengenalpasti trend dalam PVT..

Ok nanti tunggu next artikel.

Ramai trader dan penganalisa percaya bahawa tekanan untuk menjual dan membeli mendahului perubahan pada harga yang menjadikan penunjuk PVT ini begitu bernilai. 

Ehh betul kerr??
 

OPPPSSS jangan berdasarkan teori sahaja..Belajar yer..kaji..dan kaji lagi

 

Perlu diingat bahawa indikator ini mempunyai banyak persamaan dengan On Balance Volume (OBV).

 Walau bagaimanapun, ia sering dilihat  terikat dengan pergerakan harga semasa kerana ia mengumpulkan volume harga yang telah dilaraskan (adjusted price) berbanding volume keseluruhan.

 

Sampai sini dulu Pakku nak kongsi…

Akhir kata…

 Hanya mereka yang tidak kenal erti putus asa dan sanggup bersabar sahaja yang akan menemui jalan kejayaan. Bagi yang mudah mengalah, perjalanan itu akan menjadi terlalu sukar.

 


 

KHAS BUAT ANDA YANG SERIUS, KOMITED DALAM PELABURAN SAHAM..ANDA BOLEH RUJUK VIDEO-VIDEO DI BAWAH INI..

 

 

KENYATAAN PENAFIAN:

Video, artikel atau apa-apa sahaja yang ada di sini adalah bertujuan untuk pendidikan sahaja dan tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti memberitahu anda saham-saham, syarikat-syarikat atau kaunter-kaunter untuk BELI, JUAL atau PEGANG. Sebarang  saham-saham, syarikat-syarikat atau kaunter-kaunter yang dikongsikan adalah untuk pembelajaran. Sebarang tindakan atau keputusan BELI, JUAL atau PEGANG adalah keputusan anda sendiri. Nasihat pelaburan, pengurusan dana, pengurusan pelaburan atau apa-apa aktiviti melibatkan pelaburan tidak berlaku di sini. Admin atau wakil admin tidak akan bertanggung jawab sekiranya berlaku kerugian di pihak anda.

*Terdapat iklan-iklan di laman web ni kerana menggunakan platform pengiklanan dari Google..Sekiranya anda rasakan tidak perlu atau mengganggu bacaan anda, sila tutup iklan tersebut.