TERUS BERI DAN BERI

TERUS BERI DAN BERI

Sewaktu meluangkan masa membaca perkongsian menarik dari beberapa orang ‘influencer’ di Facebook, saya terbaca tulisan saudara Khairul Hakimin Muhammad yang berkongsi cerita seorang hartawan.

 

Kisahnya, insan ini telah menghadiahkan sebuah rumah kepada setiap staf yang telah bersama-sama dengan beliau sejak awal memulakan perniagaan. Ya, sebuah rumah. Bernilai RM1 JUTA setiap satu, kepada 24 orang staf yang setia bersama perjuangannya.

RM24 JUTA keseluruhannya!

“Alah, RM24 Juta saja. Bukan apa-apa sangat pun. Harta ni tak boleh bawa ke mati. Nak buat apa lagi, baik saya beri kepada mereka yang dah lama berjasa. Lagi pun, bila mereka tinggal di rumah tu, mereka solat saya dapat pahala. Mereka buat amal di rumah tu, saya dapat pahala. Mereka selesa dan bahagia, saya dapat pahala. Itu lebih bermakna.”

 

 

Hah, terpukul hati membaca perkongsian tersebut.

“Kita kalau nak tenang, nak berjaya, jangan takut memberi. Banyak yang kita beri untuk kesejahteraan orang lain, banyak jugalah Tuhan beri balik pada kita.

Jangan takut nak belanja keluarga, kawan-kawan dan pekerja yang kita ada. Semua pun ada nilainya. Beri yang terbaik, kita dapat balik pun yang terbaik. Malah berganda-ganda baiknya Tuhan bagi.”

Begitulah, kawan.

 

 

Bak kata Scorpion (kumpulan rock popular),

“What you give, you get back.”

Apa sahaja yang kita beri, ia akan kembali kepada kita. Hanya bentuk dan nilainya sahaja akan berbeza. Baik yang kita beri, lebih baik yang kita dapat. Jika buruk yang kita bagi, buruklah juga balasannya.

Sama-sama kita belajar dan jadikan iktibar. Kita usaha didik diri untuk selalu memberi. Niat kerana Allah, bukan untuk dapat balasan kaya pula ya.

 

Soal balasan itu, serah sepenuhnya kepada Allah. Kita usaha beri yang terbaik dan termampu sahaja. Lebih-lebih lagi kepada keluarga dan mereka yang telah lama bersama kita di saat jatuh dan bangun. 

Bukankah mereka layak untuk turut sama merasai hasil dari perjuangan yang kita usahakan?

 

Tanpa doa, sokongan serta pertolongan insan-insan di sekeliling kita, mana mungkin kita dapat mencapai apa-apa.

 


KHAS BUAT ANDA YANG SERIUS, KOMITED DALAM PELABURAN SAHAM..ANDA BOLEH RUJUK VIDEO-VIDEO DI BAWAH INI..

 

 

 

KENYATAAN PENAFIAN:

Video, artikel atau apa-apa sahaja yang ada di sini adalah bertujuan untuk pendidikan sahaja dan tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti memberitahu anda saham-saham, syarikat-syarikat atau kaunter-kaunter untuk BELI, JUAL atau PEGANG. Sebarang  saham-saham, syarikat-syarikat atau kaunter-kaunter yang dikongsikan adalah untuk pembelajaran. Sebarang tindakan atau keputusan BELI, JUAL atau PEGANG adalah keputusan anda sendiri.