SABAR, SIFAT WAJIB ADA JIKA MAHU BERJAYA

SABAR, SIFAT WAJIB ADA JIKA MAHU BERJAYA

 

“Ishhh, lambatlah! Macam ni bila nak untung? Dah seminggu tunggu tak ada apa pun.”

 

Anda tentu pernah mendengar keluhan sebegini daripada saudara atau kawan-kawan. Ini bukanlah sesuatu yang pelik sebenarnya.

 

Di kalangan kita, memang ramai yang mahu hidup senang dan capai kejayaan. Namun tak ramai yang ada kesabaran untuk melalui proses yang berliku sebelum sesuatu kejayaan itu dicapai.

SABAR adalah sifat mahmudah yang mesti ada dalam diri kita sekiranya mahu menjadi orang yang berjaya. Sifat sabar melatih kita untuk tenang ketika menghadapi sebarang kesulitan. Dalam dunia pelaburan yang kita ceburi ini pun ada liku yang tersendiri. Jika tiada kesabaran, sukar untuk kita bertahan.

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), 

dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan 

bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)”.

 

Demikian petikan firman Allah di dalam surah Ali Imraan, ayat ke-200.

 

Berdasarkan ayat ini, ditekankan supaya kita bersabar ketika menghadapi kesukaran dalam urusan kebaikan serta bertakwa (yakin) kepada Allah. Dengan itu barulah kita akan mencapai kejayaan dalam apa jua yang diusahakan.

 

Lihat dari sudut kita sebagai pelabur. Dunia pelaburan sering dianggap lubuk untuk membina kekayaan dengan ‘mudah’. Maka ramailah yang mahu menceburkan diri sebagai pelabur dengan harapan mahu cepat kaya.

 

Realitinya, tidak semua pelabur berjaya membina empayar dalam dunia pelaburan. Ini disebabkan kurangnya sifat sabar yang menjadi kunci untuk meraih kejayaan yang diharapkan itu.

 

Dalam pelaburan, kita tidak akan kaya sekelip mata. Harus ada kesabaran untuk belajar memahami keadaan pasaran serta teknik yang betul sebelum mendapat rentak. Jika tidak sabar untuk meluangkan masa belajar ilmu pelaburan, usahlah bercita-cita mahu jadi pelabur. Sia-sia jadinya nanti.

 

Saya meneliti beberapa tokoh popular yang sudah berjaya. 

Di dalam negara kita, lihat sahaja artis popular seperti Siti Nordiana dan Naqiu. 

Mereka tidak terus popular sebaik sahaja menjejakkan kaki dalam dunia seni. Sebaliknya mengambil masa bertahun-tahun untuk mereka diterima dan diangkat sebagai artis serba boleh di kalangan peminat seni tanah air.

 

Kesabaran mereka untuk terus berjuang dan bertahan itulah yang menjadikan mereka makin disenangi. Begitulah kita. Jika mahu berjaya, didik diri untuk sabar menghadapi setiap perkara yang mendatang dalam hidup.

 


 

KHAS BUAT ANDA YANG SERIUS, KOMITED DALAM PELABURAN SAHAM..ANDA BOLEH RUJUK VIDEO-VIDEO DI BAWAH INI..

 

 

 

KENYATAAN PENAFIAN:

Video, artikel atau apa-apa sahaja yang ada di sini adalah bertujuan untuk pendidikan sahaja dan tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti memberitahu anda saham-saham, syarikat-syarikat atau kaunter-kaunter untuk BELI, JUAL atau PEGANG. Sebarang  saham-saham, syarikat-syarikat atau kaunter-kaunter yang dikongsikan adalah untuk pembelajaran. Sebarang tindakan atau keputusan BELI, JUAL atau PEGANG adalah keputusan anda sendiri.