DISIPLIN HIDUP ORANG BERJAYA

DISIPLIN HIDUP ORANG BERJAYA

 

"Saya banyak membaca kisah-kisah kejayaan individu hebat. Perjalanan hidup juga menemukan saya dengan ramai insan yang telah mencapai kejayaan besar dalam kehidupan mereka. 

 

"Banyak yang saya belajar mengenai budaya kerja dan tatacara kehidupan orang-orang yang hebat ini. 

 

"Mereka sangat mengutamakan disiplin dalam setiap perkara yang dilakukan. Tidak kiralah dalam menguruskan kehidupan seharian bersama keluarga mahupun berkaitan urusan kerja.

 

Hidup berdisiplin merupakan tonggak kejayaan seseorang. Lihat sahaja Dato' Sri Siti Nurhaliza. Beliau masih bertahan sebagai penyanyi nombor satu negara sehingga ke hari ini. Kuncinya adalah disiplin diri yang sentiasa dijaga walau beliau sudah mempunyai empayar tersendiri dalam industri hiburan tanah air. 

 

Begitu juga tokoh-tokoh pelabur yang kini bergelar billionaire seperti Warren Buffett, Michael Bloomberg dan Ray Dalio. Mereka mempunyai standard disiplin tersendiri dalam menguruskan kehidupan seharian dan pekerjaan yang diusahakan. 

 

Warren Buffett misalnya, kekal berdisiplin walaupun telah lama mencipta kejayaan besar sehingga dinobatkan sebagai pelabur terkaya di dunia. Beliau memulakan pagi dengan sarapan sederhana, tidak berbelanja yang aneh-aneh walaupun mampu untuk berbuat demikian dan paling utama, beliau sentiasa mendisiplinkan diri untuk banyak membaca supaya mindanya kekal segar.

 

Secara ringkasnya, saya kongsikan 3 perkara utama dalam bab disiplin yang perlu dijaga oleh kita semua terutamanya bagi anda yang mahu berjaya dalam dunia pelaburan. Perkara tersebut adalah:

 

1) Berpagi-pagian. Maksudnya, bangun awal pagi, bersihkan diri dan mulakan hari dengan aktiviti sihat seperti bersenam dan beribadah. Luangkan masa beberapa ketika untuk membaca buku-buku yang digemari (saya suka baca buku pelaburan semestinya), baca Al-Quran bagi yang Muslim dan mula bekerja dalam keadaan yang segar bertenaga. 

Seeloknya cuba untuk biasakan diri bangun pada pukul 3 atau 4 pagi. Kita akan rasai perbezaan yang ketara dari segi kecergasan dan semangat untuk meneruskan hari tersebut. 

 

2) Pastikan ada senarai 'To-do List' setiap hari. Senarai ini boleh disediakan pada malam hari sebelum tidur. Setiap perkara yang mahu diselesaikan pada hari tersebut hendaklah disenaraikan mengikut keutamaan. Orang yang berjaya adalah mereka yang tahu apa yang mahu dibuat dalam setiap hari yang dilalui.

 

3) Tepati masa dan urus jadual kerja dengan teratur. Mereka yang menepati masa adalah orang yang amanah pada diri sendiri dan orang lain. Mereka tahu setiap saat adalah berharga. Oleh itu, mereka sedaya upaya akan menjaga amanah masa ini dengan baik.

 

Dunia pelaburan juga amat mementingkan ketepatan masa dan kerja yang teratur. Jika kita gagal menguruskan masa sendiri, bagaimana kita dapat menguruskan pelaburan yang penuh cabaran?


KHAS BUAT ANDA YANG SERIUS, KOMITED DALAM PELABURAN SAHAM..ANDA BOLEH RUJUK VIDEO-VIDEO DI BAWAH INI..

 

 

KENYATAAN PENAFIAN:

Video, artikel atau apa-apa sahaja yang ada di sini adalah bertujuan untuk pendidikan sahaja dan tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti memberitahu anda saham-saham, syarikat-syarikat atau kaunter-kaunter untuk BELI, JUAL atau PEGANG. Sebarang  saham-saham, syarikat-syarikat atau kaunter-kaunter yang dikongsikan adalah untuk pembelajaran. Sebarang tindakan atau keputusan BELI, JUAL atau PEGANG adalah keputusan anda sendiri.