“Nak makan sedap, kena keluar belanja lebih sikit. Kena belajar masak bagi sedap.”
Itu baru cerita bab nak makan sedap. Kalau tak mahu keluar belanja, tak mahu belajar, tak dapatlah merasa yang sedap-sedap.
Begitu juga jika kita mahu berjaya dalam hidup. Perlu bersedia untuk keluar belanja bagi mendapatkan ilmu. Perlu bersedia mental, fizikal dan emosi juga untuk belajar banyak perkara.
Orang bisnes misalnya. Perlu ada kesediaan untuk mengeluarkan belanja bagi beberapa perkara. Antaranya, mereka perlu berbelanja untuk kempen pemasaran. Belanja untuk hadir kelas juga perlu.
Tidak setakat itu. Modal bagi mendapatkan produk juga perlu disediakan. Berniaga, mestilah ada produk kan? Hatta nak jadi seorang dropshipper atau affiliate pun perlu bayar yuran pendaftaran.
Kemudian, kesediaan untuk belajar serta berdepan cabaran pula. Berniaga tidak semudah menyebutnya. Ada pelbagai hal yang akan merintangi perjalanan menuju kejayaan.
Untuk itu, orang bisnes mesti sentiasa bersikap terbuka dalam menuntut ilmu. Nak mahir menguruskan pasukan, nak tahu selok-belok kewangan semuanya perlukan ilmu. Jika tidak ada kesediaan untuk merendah diri serta mengakui bahawa ilmu kita masih belum cukup, maka susahlah untuk berjaya.
“The more that you read, the more things you will know. The more that you learn, the more places you’ll go.”
Demikian kata-kata dari Dr. Seuss, seorang penulis, kartunis politik, penyair, juruanimasi, pembuat filem dan pelukis popular dari Amerika.
Sikap selalu bersedia ini amat penting bagi sesiapa sahaja. Jika anda mahu menjadi pelabur yang berjaya, pastikan anda cukup bersedia untuk belajar dan diajar.
Selain itu, kesediaan dari segi mental dan emosi juga mesti kuat. Latih emosi untuk kekal bertenang dalam apa jua situasi. Sebab dunia pelaburan penuh dengan kejutan.
Sesetengahnya menuntut kesabaran yang sangat tinggi. Tambahan pula, untuk mendapat keuntungan yang besar melalui aktiviti pelaburan bukanlah perkara mudah jika tidak ada kesabaran dan ketahanan yang kuat.
Hanya mereka yang mempunyai kesediaan untuk belajar, sentiasa melatih diri untuk kekal tenang dan benar-benar komited berusaha sahaja akan menemui puncak kejayaan.
KHAS BUAT ANDA YANG SERIUS, KOMITED DALAM PELABURAN SAHAM..ANDA BOLEH RUJUK VIDEO-VIDEO DI BAWAH INI..
KENYATAAN PENAFIAN:
Video, artikel atau apa-apa sahaja yang ada di sini adalah bertujuan untuk pendidikan sahaja dan tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti memberitahu anda saham-saham, syarikat-syarikat atau kaunter-kaunter untuk BELI, JUAL atau PEGANG. Sebarang saham-saham, syarikat-syarikat atau kaunter-kaunter yang dikongsikan adalah untuk pembelajaran. Sebarang tindakan atau keputusan BELI, JUAL atau PEGANG adalah keputusan anda sendiri.