7 Cara Online Beginner Belajar Saham Percuma | Belajar Main Saham Secara Online Mudah

7 Cara Online Beginner Belajar Saham Percuma | Belajar Main Saham Secara Online Mudah

 

Beginner Belajar Saham percuma 

Jika anda baru bermula dengan saham adalah lebih baik anda belajar saham percuma dahulu. Ramai orang membuat kesilapan kerana tidak mencuba untuk belajar saham online secara percuma dahulu sebaliknya terus ke kelas-kelas saham yang mahal.

Belajar dulu perkara-perkara asas dan bermulalah dengan langkah demi langkah. Jangan terlalu drastik. Belajar saham sebenarnya mudah tetapi ada yang malas nak bermula dari yang percuma ini. 

Pemahaman asas tentang pelaburan saham boleh diperolehi dalam masa yang singkat secara online sahaja.

Berikut adalah 7 Cara Beginner Belajar main saham secara percuma melalui online sahaja:

 

#1 Belajar saham percuma dengan Youtube tempatan dan global

Terdapat pelbagai panduan Youtube yang akan membimbing anda melalui langkah demi langkah daripada panduan beginner kepada topik yang lebih mendalam. Kebiasaannya terdapat ramai  trader berpengalaman menceritakan semua perihal saham. 

Malah Pakku sendiri pun mengajar secara percuma di Youtube

Boleh lihat channel Pakku. Klik Youtube Pakku Trader 

Pakku sangat sarankan anda belajar saham secara Paper Trade dahulu. Maksud Pakku menggunakan modal simulasi dahulu. Dah pandai nanti barulah guna modal duit sebenar kita nanti. 

 

 

Anda juga boleh belajar melalui saluran Youtube luar negara. Mungkin istilah atau sistem saham luar negara berbeza sedikit tetapi perkara-perkara asas saham adalah sama. Ya sama seperti 

  • Dividen
  • Trend
  • Bid 
  • Broker
  • Bearish
  • Bullish
  • Wave
  • Cut Loss/ Stop Loss
  • Take Profit 

 

 

 

#2 Belajar saham dengan Ebook atau Panduan Saham PDF secara percuma

Salah satu sebab orang membaca ebook Saham atau panduan saham PDF adalah untuk belajar di mana-mana sahaja. Terdapat banyak ebook-ebook tentang cara belajar main saham kerana ianya mudah didapati dan semestinya percuma. 

Tetapi Ebook atau panduan saham PDF hanya  memberikan gambaran yang sangat umum tentang saham itu dan cara ia berfungsi.

Ebook ini disasarkan kepada mereka yang tidak mempunyai pengalaman dengan pelaburan saham, atau mereka yang mempunyai pengetahuan minimum tentang apa itu saham.

Kebanyakkan Ebook ini tidak menawarkan sebarang strategi atau Teknikal Analysis lanjutan, juga tidak memfokuskan pada mana-mana kajian Fundamental Analysis yang lebih mendalam. 

Ebook lebih menonjol di mana-mana carian internet kerana ia sangat mudah difahami dan sangat ringkas.

Pengarang-pengarang ada menyediakan beberapa teknik asas untuk melabur dengan bijak, tetapi adakalanya mereka tidak memberikan sebarang contoh atau data untuk menyandarkan bukti kepada teknik asas yang telah diberikan.

Cuma jangan salah faham apa yang Pakku maksudkan. Pakku masih bersetuju jika anda mahu belajar saham percuma dengan Ebook saham.

 

#3 Belajar saham dari web-web saham dan semestinya percuma

Terdapat banyak laman web yang mempunyai pelbagai topik tentang cara melabur dalam saham, cara menggunakan strategi dagangan yang berbeza dan pelbagai kajian sesuatu syarikat. Antaranya adalah:

Web-web saham yang lain juga mempunyai koleksi video dan artikel yang bagus untuk anda yang baru bermula. 

Perkara yang terbaik tentang web-web saham ni, anda boleh belajar saham tanpa pengetahuan awal dan ia pastinya menceritakan segala perihal saham dengan lebih mendalam. 

Cuma anda mungkin perlu berusaha belajar lebih sedikit kerana maklumat saham adalah sangat-sangat pelbagai.

Bukan mudah untuk melabur dalam pasaran saham kerana mempunyai risiko besar. Risiko ini termasuk bukan sahaja risiko kewangan (contoh, kehilangan modal), tetapi juga risiko psikologi (contoh: terlampau risau dan terlampau memberi perhatian kepada saham sehari suntuk). 

Percayalah melabur saham ini perlukan pengurusan emosi yang baik. Jadi dapatkan nasihat-nasihat tersebut di web-web saham secara percuma sahaja.

 

#4 Belajar saham dengan aplikasi percuma

Banyak aplikasi belajar saham percuma di Google Play dan Apple App Store untuk dimuat turun secara percuma dan ada yang menyediakan modul pelajaran interaktif. Antaranya ialah :

  • Investing,com
  • BursaMKTPLC
  • Bursa Anywhere
  • Stockbit
  • The Edge Market
  • CNBC
  • KLSE Screener
  • StockHunter
  • Zoya

Kebanyakkan aplikasi percuma ini membolehkan anda melakukan analisis pasaran dan menerima tip-tip saham.

Aplikasi Bursa Marketplace adalah yang sangat sesuai bagi anda kerana banyak kajian saham dari segi TA dan FA disediakan untuk anda. Malah tutorial bermula daripada Beginner disediakan. 

Tidaklah anda perlukan kos yang tinggi untuk belajar saham sebab ia percuma sahaja.

 

#5 Belajar saham melalui telegram group

Ramai pelabur yang masuk ke telegram group saham untuk belajar saham daripada zero dan banyak juga yang telah mereka belajar. Group ini sangat membantu dan ilmu yang dikongsi dalam telegram group adalah terbaik. 

Anda Boleh cari di internet telegram group saham yang mengajar saham secara percuma.

Setiap hari ada saja mesej atau info mengenai saham diberikan cuma awas jangan terjebak dengan Buy Call. . Jika ramai di kalangan anggota kumpulan sering memberikan Buy Call di telegram group tersebut lebih baik anda berhati-hati. 

Sebaiknya anda terima dulu maklumat kemudian buatlah study sedikit.

 

#6 Belajar saham melalui Facebook Group Saham

Matlamat Facebook Group saham ini adalah untuk berkongsi ilmu tentang saham. Ahli group kebiasaan mempunyai pelbagai persoalan yang menarik tentang belajar saham. Secara tidak langsung anda pun akan mendapat maklumat tersebut setiap hari. 

Belajar saham biar berguru. Jadi Admin yang aktif akan sentiasa menjawap segala persoalan anda. Malah anda pun akan mendapat pertolongan daripada ahli group yang lebih berpengalaman.

Admin bagi Facebook Group Saham adakala  menyiarkan dagangan mereka ke Facebook Group ini dan berkongsi pengalaman mereka dengan ahli lain. 

Apa lagi join sahaja Facebook Group Saham, anda pasti tidak akan terlepas maklumat yang berguna.

 

#7 Belajar saham online melalui Webinar Saham

Jika anda mempunyai masa terluang dan mampu untuk berada lama di depan monitor, cara terbaik untuk belajar tentang pelaburan saham ialah melalui program webinar saham. 

Semasa webinar, penyampai akan berkongsi pandangannya dan pengalaman dengan anda. Webinar saham yang percuma kebiasaannya adalah kelas saham online secara pengenalan dahulu.  

Beberapa topik yang selalu dikongsikan dalam webinar saham ialah:

  • Apa itu saham
  • Prinsip asas pelaburan saham
  • Pengurusan risiko dalam pelaburan saham
  • Strategi dalam pelaburan saham
  • Sejarah pasaran saham

Cara terbaik untuk belajar tentang pelaburan dalam saham adalah dengan mengikuti kesemuanya kelas-kelas saham percuma secara online dalam masa 2-3 bulan pertama. 

Kemudian dapatkan maklumbalas daripada rakan-rakan anda yang telah lama berkecimpung dalam dunia saham ini samaada mahu ke  kelas yang lebih mahal sedikit. Pakku takut duit modal melabur hanya habis ke kelas saham mahal, tapi nak melabur dah kena cari lain pula.

Pakku juga ada menyediakan Free Video Tutorial Saham bagi anda yang ingin belajar saham secara percuma. Jangan risau percuma sahaja. 

 

KENYATAAN PENAFIAN:

Video, artikel atau apa-apa sahaja yang ada di sini adalah bertujuan untuk pendidikan sahaja dan tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti memberitahu anda saham-saham, syarikat-syarikat atau kaunter-kaunter untuk BELI, JUAL atau PEGANG. Sebarang  saham-saham, syarikat-syarikat atau kaunter-kaunter yang dikongsikan adalah untuk pembelajaran. Sebarang tindakan atau keputusan BELI, JUAL atau PEGANG adalah keputusan anda sendiri. Nasihat pelaburan, pengurusan dana, pengurusan pelaburan atau apa-apa aktiviti melibatkan pelaburan tidak berlaku di sini. Admin atau wakil admin tidak akan bertanggung jawab sekiranya berlaku kerugian di pihak anda.

*Terdapat iklan-iklan di laman web ni kerana menggunakan platform pengiklanan dari Google..Sekiranya anda rasakan tidak perlu atau mengganggu bacaan anda, sila tutup iklan tersebut.