5 SIFAT ORANG BERJAYA

5 SIFAT ORANG BERJAYA

"Ramai yang ada cita-cita nak berjaya dalam hidup. Baik hidup di dunia, mahupun hidup di akhirat sana. Namun tak semua benar-benar bersedia untuk mencapai kejayaan tersebut. 

 

Urusan dunia masih tak terurus, urusan akhirat juga masih tertangguh-tangguh. Mana mungkin kita dapat nikmati kejayaan jika berterusan dengan sikap sebegitu.

 

Seandainya kita benar-benar mahu mencapai kejayaan, kita perlu belajar daripada orang-orang yang telah berjaya. Lihat bagaimana mereka berusaha dan teladani setiap perkara baik yang mereka amalkan. 

 

Saya kongsikan di sini 5 sifat yang lazimnya ada pada orang-orang ternama yang sudah mencipta kejayaan dalam hidup mereka. 

 

Sifat 1 – Ambil peluang yang ada. 

Kata orang, peluang cuma datang sekali dalam hidup. Namun, ada yang bertuah. Berkali-kali disapa peluang. Tetapi mereka pula yang takut untuk menyambutnya. Ketakutan dalam diri jika tidak dikawal pada perkara yang perlu sahaja, akan membataskan kejayaan yang mahu dicapai. 

Sebagai individu yang mahu berjaya, kita perlu mengawal rasa takut serta berani untuk mengambil peluang yang ada di sekeliling kita. Ya, peluang datang dengan risiko. Walau bagaimanapun, tidak ada risiko yang tidak dapat di atasi.

 

Sifat 2 -  Bertanggungjawab ke atas kehidupan sendiri

 

Kata pengarang dan penceramah motivasi terkenal, Les Brown, “Terima tanggungjawab ke atas hidup anda. Ketahui bahawa andalah yang akan menentukan hala tuju hidup sendiri. Sama ada berjaya atau gagal. Tiada orang lain yang dapat menentukannya.”

 

Jika kita terlalu mengambil kira pandangan orang sekeliling yang negatif dan tidak membina, selamanya kita tidak akan dapat meraih kejayaan yang kita mahu.

 

Sifat 3 – Kejar minat dan impian sendiri

Dalam hidup, melakukan perkara yang disukai adalah impian setiap orang. Kita akan lebih gembira bekerja apabila pekerjaan yang kita lakukan itu adalah apa yang kita minat. Mark Cuban, seorang pelabur dan usahawan memberi nasihat, “Buatlah sesuatu yang anda suka lakukan. Jika anda tidak membuat keuntungan sekalipuj, anda akan verasa seronok untuk bekerja.”

Sifat 4 – Fokus pada matlamat spesifik

 

Kita perlu tahu apakah matlamat yang mahu dicapai dalam hidup. Satu matlamat yang jelas dan kita yakin dapat dicapai. Apa juga usaha yang kita lakukan seterusnya adalah demi mencapai matlamat yang satu itu. 

 

Seperti kata Micheal Jordan, lagenda bola keranjang ternama, “Fokus seperti laser, kecil dan tepat. Bukan seperti lampu suluh.”

 

Sifat 5 – Sentiasa berusaha untuk bantu orang lain

 

Ini adalah sifat yang wajib ada pada diri setiap individu. Perlu diingat, apabila kita berusaha memudahkan urusan orang lain, maka urusan kita juga akan dimudahkan. Hanya perlu ikhlas sahaja dengan setiap perbuatan. 

"Kita perlu yakin bahawa Tuhan akan memberi ganjaran pada setiap pertolongan yang kita hulurkan pada orang lain. Tidak kiralah keluarga, kawan-kawan mahupun orang asing. 

Kita mungkin mendapat balasan dalam bentuk wang ringgit, mungkin juga dibalas dengan hadirnya 

ramai insan-insan baik untuk membantu di kala kita pula ditimpa kesusahan.  


KHAS BUAT ANDA YANG SERIUS, KOMITED DALAM PELABURAN SAHAM..ANDA BOLEH RUJUK VIDEO-VIDEO DI BAWAH INI..

 

 

 

KENYATAAN PENAFIAN:

Video, artikel atau apa-apa sahaja yang ada di sini adalah bertujuan untuk pendidikan sahaja dan tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti memberitahu anda saham-saham, syarikat-syarikat atau kaunter-kaunter untuk BELI, JUAL atau PEGANG. Sebarang  saham-saham, syarikat-syarikat atau kaunter-kaunter yang dikongsikan adalah untuk pembelajaran. Sebarang tindakan atau keputusan BELI, JUAL atau PEGANG adalah keputusan anda sendiri.