3 RESEPI UTAMA BEBAS HUTANG

3 RESEPI UTAMA BEBAS HUTANG

 

Saya percaya semua orang mahu menjadi jutawan. Hidup selesa, boleh berjalan makan angin ke mana-mana sahaja dan berbelanja mengikut kehendak sendiri pada bila-bila masa.

 

Saya juga percaya bahawa setiap kita boleh menjadi jutawan. Asal saja mahu mengorbankan gaya hidup sendiri di samping menyerap nilai-nilai kehidupan seorang jutawan. Sesiapa pun ada peluang untuk mencapai tahap kehidupan yang diimpikan itu.

 

Menerusi bacaan di blog Esi Money, saya temui perkongsian yang ditulis oleh saudara John. Beliau berkongsi mengenai resepi utama untuk menjadi jutawan. Ini berdasarkan temubual dan pemerhatian yang beliau lakukan terhadap 150 orang jutawan yang memakan masa selama beberapa tahun.

 

3 resepi utama yang dirumuskan oleh John adalah:

 

Tingkatkan serta perbanyakkan potensi sumber pendapatan.

Kebanyakan jutawan sangat menitikberatkan soal pendapatan awal mereka. Bukan sahaja dengan bekerja keras, malah mereka juga berusaha untuk mempunyai punca pendapatan dengan kadar segera. Semakin cepat mereka membina punca pendapatan, semakin hampir langkah untuk mencapai status jutawan.

Mereka juga biasanya mempunyai pelbagai sumber pendapatan. Misalnya, dengan bekerja makan gaji dan di masa sama, mereka menjalankan perniagaan di luar waktu kerja.

Para jutawan ini bukan semuanya berasal daripada keluarga berada. Kebanyakannya bermula dengan pendapatan minima dari hasil pekerjaan yang dilakukan. Mereka berusaha keras meningkatkan kemahiran diri seiring dengan keinginan untuk terus membina kejayaan dan kekayaan.

 

Kawal perbelanjaan.

Ini adalah ramuan yang paling tidak terjangkakan. Ramai orang menyangka para jutawan gemar berbelanja sesuka hati. Hakikatnya, mereka adalah individu yang sangat berdisiplin dalam soal perbelanjaan. Bersuka-ria atau membeli-belah mengikut kehendak hati adalah perkara yang jarang-jarang berlaku dalam kehidupan seorang jutawan.

 

 

Tujuan mengawal perbelanjaan ini adalah supaya mereka dapat maksimakan simpanan dan meningkatkan modal pelaburan.

 

Mula melabur seawal yang boleh.

Pelaburan adalah salah satu cara untuk meningkatkan pendapatan. Pada peringkat awal, seeloknya kita melabur mendapatkan ilmu pengetahuan. Kemudian barulah kita ceburi bidang pelaburan sebenar. 

 

 

Tanpa ilmu, sukar untuk kita memahami selok-belok dunia pelaburan. Apa lagi untuk memahami potensi yang boleh dicapai melalui setiap pelaburan yang ada. 


 

KHAS BUAT ANDA YANG SERIUS, KOMITED DALAM PELABURAN SAHAM..ANDA BOLEH RUJUK VIDEO-VIDEO DI BAWAH INI..

 

 

KENYATAAN PENAFIAN:

Video, artikel atau apa-apa sahaja yang ada di sini adalah bertujuan untuk pendidikan sahaja dan tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti memberitahu anda saham-saham, syarikat-syarikat atau kaunter-kaunter untuk BELI, JUAL atau PEGANG. Sebarang  saham-saham, syarikat-syarikat atau kaunter-kaunter yang dikongsikan adalah untuk pembelajaran. Sebarang tindakan atau keputusan BELI, JUAL atau PEGANG adalah keputusan anda sendiri. Nasihat pelaburan, pengurusan dana, pengurusan pelaburan atau apa-apa aktiviti melibatkan pelaburan tidak berlaku di sini. Admin atau wakil admin tidak akan bertanggung jawab sekiranya berlaku kerugian di pihak anda.

*Terdapat iklan-iklan di laman web ni kerana menggunakan platform pengiklanan dari Google..Sekiranya anda rasakan tidak perlu atau mengganggu bacaan anda, sila tutup iklan tersebut.

Video, artikel atau apa-apa sahaja yang ada di sini adalah bertujuan untuk pendidikan sahaja dan tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti memberitahu anda saham-saham, syarikat-syarikat atau kaunter-kaunter untuk BELI, JUAL atau PEGANG. Sebarang  saham-saham, syarikat-syarikat atau kaunter-kaunter yang dikongsikan adalah untuk pembelajaran. Sebarang tindakan atau keputusan BELI, JUAL atau PEGANG adalah keputusan anda sendiri.