Blurb
LUTHFI NAUFAL x NUR ALINAH
Mula menjadi sahabat sejak usia 10 tahun lagi. Dan mereka berjanji akan menjadi sahabat sehingga ke akhir hayat.
Namun semuanya berubah akibat satu kejadian.
“Kau kena tolong aku.” – Luthfi
“Tolong apa?” – Alinah
“Tolong jadi isteri ekspres aku.” – Luthfi
Pada majlis pernikahan Luthfi, bakal isterinya tidak memunculkan diri. Oleh kerana tidak mahu keluarganya menanggung malu, Luthfi meminta sahabat baiknya Alinah untuk menjadi isteri segera.
Alinah menolak. Tetapi kerana tidak sampai hati dan bimbang akan kesihatan emak Luthfi yang juga emak angkatnya, dia terima permintaan Luthfi. Maka bersatulah mereka sebagai suami isteri.
“Cubalah buat perangai bini orang sikit.”- Lutfi.
“Sori sikit. Bukan aku yang nak sangat kahwin. Kau yang tangkap muat aku jadi bini kau.” – Alinah.
Walaupun bergelar suami isteri, hubungan Luthfi dan Alinah masih sama sebelum ini. Seperti kawan baik. Namun kata orang dua manusia berlainan jantina tidak boleh berkawan baik. Pasti ada cinta terselit.
“Fi, I minta maaf. I minta maaf sebab tinggalkan you. Kita sambung balik hubungan kita.” – Eliza.
Kemunculan Eliza membuatkan Alinah berfikir sendiri akan hubungannya dengan Luthfi. Adakah dia akan diceraikan sedangkan tidak sampai sebulan dia bergelar isteri? Bagaimana pula dengan Luthfi, adakah dia akan menerima Eliza kembali?
Adakah benar hubungan Alinah dan Luthfi hanya sekadar Kawan baik sahaja?
Buy Now