“I sayang you Anis. You ada di saat I tak ada apa-apa. Tapi I tak rasa apa yang I rasa dengan Dila bila dengan you. You tak mampu buat hati I berdebar-debar. You tak mampu buat I rindu. You tak mampu buat I rasa tak boleh bernafas tanpa you. Dila... sebab tu I nak jadikan dia satu-satunya permaisuri I. I tau I tak mampu berlaku adil. Sebab tu I pilih untuk lepaskan you.” -Tajul
Rumah tangga yang dibina selama 25 tahun retak angkara orang ketiga. Walaupun ANIS bersetuju untuk bermadu tetapi TAJUL tetap mahu menceraikannya. Tanpa belas kasihan TAJUL menceraikan ANIS walaupun isterinya merayu. Mendirikan rumah tangga dengan DILA adalah impian TAJUL.
Keluar dari rumah yang selama ini menjadi istananya, ANIS menumpang di rumah sahabat baiknya IRMA. Mencari kerja untuk menampung penghidupannya sehari-harian. ANIS berkenalan dengan seseorang yang menjentik hatinya.
Namun tatkala cinta mula bersemi, satu kecelakaan terjadi. TAJUL kemalangan dan disahkan lumpuh. DILA tidak sanggup menjaga TAJUL dan meminta cerai. TAJUL meminta ANIS kembali menjadi isterinya.
ANIS mahu menolak tapi desakan anak-anak yang mahukan keluarga mereka kembali bersatu membuat dia dalam dilema. Hatinya sakit dan tidak mampu menerima TAJUL kembali. Namun anak-anak adalah segalanya untuk dia. Siapakah pilihan ANIS? Cinta baharunya atau TAJUL?
‘Saya harap apa yang terjadi tak akan buatkan saya kehilangan awak. Saya betul-betul sayangkan awak.’ – SI DIA
Buy Now