Ustazah Lili Ibrahim adalah pesara pensyarah matrikulasi dalam bidang Bahasa Arab yang telah berkhidmat lebih 22 tahun di Pusat Asasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Bidang kepakaran merangkumi Ilmu Nahw, Ilmu Sarf, Kemahiran Menulis, Kemahiran Bertutur dan Kemahiran Membaca. Berpengalaman menjadi salah seorang penulis buku teks Bahasa Arab Tingkatan 4 bersama Penerbit Oxford Fajar pada tahun 2017.
Dan salah seorang penulis Kertas Model Soalan SPM Bahasa Arab bersama Penerbit Ilmu Bakti pada tahun 2024.
Setelah bersara Ustazah Lili mula mengorak langkah menjadi penulis buku digital bersama Master Shiro Global Academy (MSGA) Sdn Bhd. Pada tahun 2023 buku digital sulung Ustazah berjaya diterbitkan. Buku ini menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Buku digital kedua bakal menyusul untuk memberi manfaat kepada mereka yang mencintai Bahasa Arab paling lewat April 2025. Buku digital kedua masih berkisar tentang ilmu tasrif dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Khusus kepada pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 yang ingin memahami ilmu Nahw dan ilmu Sarf secara mudah, kelas ini untuk antum.
Ayuh daftar hari ini