AKU DAH BUAT SEMUA, TAPI…

AKU DAH BUAT SEMUA, TAPI…

Tapi?

Tapi masih tak dapat apa yang kita mahu?

Tapi masih selalu gagal?

 

Kita sering merasakan diri sudah cukup berusaha. Kita rasa apa yang kita korbankan sudah terlalu banyak namun hasilnya tidak seperti yang diharap.

Lalu kita pun kecewa. Keluhan demi keluhan kita zahirkan. Dan kesudahannya, kita mengalah.

 

Semuanya bermula dengan sikap ‘sudah cukup’. Sikap inilah yang sering menghalang kita dari terus belajar dan bersabar. Ia menjadikan kita sentiasa berat hati untuk berusaha dengan lebih gigih apabila diuji dengan kegagalan.

 

Hakikatnya, kegagalan dalam sesuatu perkara adalah hal biasa. Selama mana kita tidak mengalah, kita pasti akan dapat sesuatu dari setiap kegagalan itu. Sama ada petunjuk kepada punca kegagalan tersebut atau peluang kepada suatu rencana baru. 

 

Jika kita membiarkan diri terperangkap dengan pegangan ‘saya dah cukup berusaha’, maka mudahlah untuk kita berhenti sebelum kejayaan dicapai. Semangat yang berkobar-kobar untuk berjaya pada awalnya akan luntur begitu sahaja.

 

Dalam dunia pelaburan dan perniagaan, individu dengan sikap sebegini tidak akan dapat bertahan. Ujian yang menanti di sepanjang perjalanan hidup seorang pelabur bukanlah sedikit. Hanya mereka yang benar-benar bersedia dengan semangat serta kegigihan yang jitu sahaja mampu ‘survive’ hingga ke akhir.  

Selama hidup ini, kita tidak seharusnya ada perasaan sudah cukup berusaha atau sudah cukup belajar. Hatta, dalam soal ibadah pun kita disuruh buat sebanyak-banyaknya selagi mampu. Malah belajar ilmu agama pun tidak akan habis selagi kita hidup.

 

Oleh itu, persiapkan diri untuk terus belajar. Juga tekadkan azam untuk tetap bangkit walaupun berkali-kali dijatuhkan oleh ujian dan masalah. Pada setiap kejatuhan, kutiplah pengajarannya. Dari situ kita bangkit lagi dengan pengalaman baru.

 

Jika hati berasa goyah, rehat seketika. Ambil masa 2 minit dan renung semula matlamat asal kita.

Hayati kata-kata penuh makna ini agar kita mampu bangkit lagi tanpa keluhan “saya dah cukup berusaha..”

 

“Our greatest weakness lies in giving up. The most certain way to succeed is always to try just one more time.” – Thomas Edison.


KHAS BUAT ANDA YANG SERIUS, KOMITED DALAM PELABURAN SAHAM..ANDA BOLEH RUJUK VIDEO-VIDEO DI BAWAH INI..

 

 

KENYATAAN PENAFIAN:

Video, artikel atau apa-apa sahaja yang ada di sini adalah bertujuan untuk pendidikan sahaja dan tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti memberitahu anda saham-saham, syarikat-syarikat atau kaunter-kaunter untuk BELI, JUAL atau PEGANG. Sebarang  saham-saham, syarikat-syarikat atau kaunter-kaunter yang dikongsikan adalah untuk pembelajaran. Sebarang tindakan atau keputusan BELI, JUAL atau PEGANG adalah keputusan anda sendiri.