GAGAL ITU SEBAHAGIAN DARI KEJAYAAN

GAGAL ITU SEBAHAGIAN DARI KEJAYAAN

 

Kolonel Harland David Sanders atau lebih popular dengan nama Kolonel Sander, berjaya mencipta resepi ayam goreng yang kini menjadi kegemaran ramai pada cubaan ke 1010. 

 

Sebanyak 1009 kali kegagalan yang dihadapi beliau. Namun beliau terus berusaha hingga berjaya menghasilkan sebuah menu yang menjadi kesukaan sebahagian besar masyarakat dunia.

 

Andai kata, beliau mengalah dan putus asa setelah gagal beberapa kali, mungkin hari ini tiada siapa pun yang tahu tentang seorang lelaki tua yang gigih berusaha. Dunia juga tidak akan kenal siapa Kolonel Sanders dan resepi istimewanya, Kentucky Fried Chicken.

Begitu juga halnya dengan kita. Sudah berapa kegagalan yang kita hadap? Apa yang kita belajar daripada setiap kegagalan itu?

Apakah kita sekadar mengeluh dan kecewa kerana tidak berjaya atau kita memberi ruang kepada diri untuk memahami apa punca kegagalan tersebut. 

Orang yang mahu berjaya, mestilah bersedia untuk gagal. Ini kerana kegagalan itu adalah sebahagian daripada proses pembelajaran serta permulaan kepada sebuah kejayaan.

 

Sepanjang proses kita belajar, baik tentang ilmu pelaburan mahupun ilmu hidup, pasti akan ada ketikanya kita akan gagal. Apabila itu berlaku, bukanlah bermaksud kita telah gagal sepenuhnya.

 

Sekiranya kita mengambil iktibar serta meluangkan masa untuk memahami punca yang menyebabkan sesuatu kegagalan itu berlaku, maka kita telah bersedia untuk mencapai kejayaan pada cubaan yang akan datang.

 

Orang yang mahu berjaya tidak perlu takut kepada kegagalan. Kerana di sebalik kegagalan itu ada ilmu mahal yang tak semua berpeluang untuk mempelajarinya.

 

Sebagai pelabur misalnya, apa yang kita perlu lakukan sekiranya gagal dalam pelaburan pertama?

“Errr, saya tak pernah terfikir pun.”

 

Ini biasa. Pelabur yang bijak akan sentiasa bersedia untuk belajar daripada kegagalan tersebut.

 

  1. Kenalpasti punca yang menyebabkan sesuatu perancangan itu gagal.
  2. Senaraikan pilihan penyelesaian jika ada.
  3. Fahami risiko yang perlu dihadapi bagi setiap jalan penyelesaian yang dipilih.
  4. Buat keputusan setelah benar-benar yakin. Tidak dalam keadaan ragu-ragu.
  5. Fahami bahawa setiap keputusan yang dibuat mestilah mempunyai risiko paling minima.

 

Usah sesekali takut untuk gagal kerana ketakutan itu akan selamanya menjauhkan kita daripada kejayaan.

 


KHAS BUAT ANDA YANG SERIUS, KOMITED DALAM PELABURAN SAHAM..ANDA BOLEH RUJUK VIDEO-VIDEO DI BAWAH INI..

 

 

 

 

KENYATAAN PENAFIAN:

Video, artikel atau apa-apa sahaja yang ada di sini adalah bertujuan untuk pendidikan sahaja dan tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti memberitahu anda saham-saham, syarikat-syarikat atau kaunter-kaunter untuk BELI, JUAL atau PEGANG. Sebarang  saham-saham, syarikat-syarikat atau kaunter-kaunter yang dikongsikan adalah untuk pembelajaran. Sebarang tindakan atau keputusan BELI, JUAL atau PEGANG adalah keputusan anda sendiri.