BELAJAR DARI KEGAGALAN

BELAJAR DARI KEGAGALAN

Kelmarin, saya luangkan masa untuk membaca kisah hidup usahawan terkenal dunia iaitu Jack Ma. Siapa yang tidak kenal dengan beliau?

 

Jack Ma atau Ma Yun dilahirkan pada Oktober 1964 di Hangzhou, sebuah wilayah di Zhenjiang. Beliau membesar dalam kehidupan sederhana dan sentiasa berdepan dengan pelbagai masalah.

 

Jack Ma di zaman sekolahnya bukanlah seorang pelajar hebat. Beliau sentiasa ditolak kerana prestasi pelajaran matematiknya tidak bagus. Namun, seorang Jack Ma tidak pernah mengalah. Beliau bertahan sehingga tamat pengajian.

 

Ketika berusia 12 tahun, beliau bertekad untuk belajar Bahasa Inggeris. Demi mencapai hasrat tersebut, beliau sanggup mengayuh basikal selama 40 minit ke hotel di mana beliau dapat mempelajarinya. Beliau melakukannya sehingga berusia 20 tahun!

 

Jack Ma pernah menghadiri temuduga terbuka yang diadakan pihak Kentucky Fried Chicken (KFC) ketika syarikat itu mahu membuka cawangannya di China. Daripada 24 orang yang menghadiri temuduga tersebut, 23 orang telah berjaya mendapat pekerjaan. Jack Ma satu-satunya calon yang ditolak oleh pihak penemuduga. Malang sungguh!

 

 

Kegagalan tersebut tidak pernah mematahkan semangat beliau untuk terus berusaha. Jack Ma terus belajar dan belajar sehingga mampu membina Alibaba Group yang kini terkenal di seluruh dunia. 

 

Jack Ma hari ini adalah orang terkaya di China dan mempunyai tempat tersendiri dalam senarai orang paling kaya di dunia.

 

Melihat kepada kegigihan Jack Ma yang pada awalnya banyak melalui kegagalan, memberi kesedaran kepada saya. Malah kita patut mengambil iktibar daripada kisah ini.

 

Orang yang berjaya adalah mereka yang tidak mengalah dengan ujian. Sebaliknya mereka terus berusaha mencari penyelesaian bagi semua persoalan. Mereka percaya bahawa setiap kesulitan pasti ada jalan keluarnya. Dan kegagalan bukanlah pengakhiran sebuah perjuangan.

Berbekalkan pengalaman dari siri-siri kegagalan yang dulu, kita seharusnya menjadi lebih bersedia untuk menghadapi masa depan. Ujian tentunya akan lebih hebat. Kita juga perlu menjadi lebih kental dari sebelumnya.

 

Kejayaan pasti boleh dicapai oleh sesiapa pun, dengan syarat kita mesti bersedia untuk belajar. Belajar dari kepayahan, belajar dari kegagalan.

 

Begitu barulah kita tahu manisnya berusaha.

 


 

KHAS BUAT ANDA YANG SERIUS, KOMITED DALAM PELABURAN SAHAM..ANDA BOLEH RUJUK VIDEO-VIDEO DI BAWAH INI..

 

 

KENYATAAN PENAFIAN:

Video, artikel atau apa-apa sahaja yang ada di sini adalah bertujuan untuk pendidikan sahaja dan tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti memberitahu anda saham-saham, syarikat-syarikat atau kaunter-kaunter untuk BELI, JUAL atau PEGANG. Sebarang  saham-saham, syarikat-syarikat atau kaunter-kaunter yang dikongsikan adalah untuk pembelajaran. Sebarang tindakan atau keputusan BELI, JUAL atau PEGANG adalah keputusan anda sendiri.